
“Dengan e-Commerce saya boleh menjual kepada lebih ramai pelanggan di luar kawasan perumahan saya”
“Tanpa e-commerce, business saya kemungkinan tidak akan berkembang maju secepat ini”

#1 Apa itu e-commerce?
maksud e-commerce
Senang kata e-commerce sebenarya cara untuk menjual beli online atas atas-talian.
Dahulu kala, kita kalau nak membeli barang, kita akan bangun awal pagi, mandi, jalan ke kedai berdekatan di kawasan perumahan dan membeli barang-barang keperluan
kemudahan internet zaman sekarang
Berkat internet di seluruh dunia, pembelian barang boleh di buat atas talian. Duduk di rumah, pasang Television, tidak perlu mandi, namun tetap boleh membeli barang keperluan dengan melayari laman web tertentu.
Senang kata, e-commerce sebenarnya sebarang transaksi yang dijalankan secara virtual tanpa perjumpaan fizikal.
Ini bermaksud, menjual-beli barang-barang, menerima khidmat tuisyen online, atau coaching herbal-life online.
Sebarang urusan online yang melibatkan transaksi boleh dikatakan e-commerce.
#2 Ada beza ke dengan e-dagang?
Sama je. Perbezaan hanya dari segi istilah bahasa inggeris vs bahasa melayu. Namun maksudnya adalah sama.
E-dagang merupakan penterjemahan literal dari bahasa inggeris dari perkataan “commerce” yang bermaksud “dagang”. Manakala huruf “e” di hadapan menandakan “electronik”.
Jadi, jangan risau, apabila orang mengunakan isitilah e-dagang atau e-commerce ingat sahaja maksudnya tetap sama.
#3 Apa jenis-jenis e-commerce di Malaysia?
Secara ringkasnya, ada dua jenis e-commerce di Malaysia:
Penting ke nak tahu jenis-jenis e-commerce di Malaysia ini? Jawapanya: ya! Sudah tentu! Jika anda ingin menceburi bidang perniagaan online, anda perlu memikirkan apa jenis business anda?
Adakah anda menjual kepada pelanggan sendiri atau menjual kepada perniagaan lain? Keputusan itu boleh memberi kesan kepada strategi pemasaran anda.
#4 Apa cara-cara membuat duit online?
Dah banyak cara membuat duit online, tetapi cara-cara yang paling biasa boleh dikategorikan:
Direct to consumer - terus kepada pelanggan. Modal ini masih lagi baru di Malaysia namun ramai perniagaan sudah menjual product terus kepada pelanggan tanpa orang tengah.
Label Putih or “White label” - cara perniagaan ini paling biasa di kalangan usahawan baharu di Malaysia. Contohnya anda ingin menjual barang yang dihasilkan oleh pengilang atas nama sendiri.
Label Peribadi or “Private labeling” - cara perniagaan ini adalah jarang sedikit tetapi masih berkesan. Melalui label peribadi, usahawan seperti anda mengarahkan pengilang untuk mengikut ramuan or spesifikasi barang anda mengikut kemahuan anda.
Dropshipping - adalah cara terbaru untuk membuat duit online. Melalui cara ini, usahawan akan menjual barang-barang daripada kilang melalui online-marketing.
#6 Senang ke untuk memulakan business e-commerce di Malaysia?
Senang kata, untuk memulakan business e-commerce di Malaysia, anda memerlukan:
- Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Maklumat Bank
- Website atau tapak berniaga lain
- Strategi pemasaran
Pendaftaran - secara jujurnya ramai sahaja peniaga kecil-kecilan di instagram yang tidak mendaftar kan syarikat mereka dengan SSM. Tapi jika anda serius untuk mengembang kan perniagaan anda, pendaftaran itu wajib. Tetapi jika anda masih lagi dalam fasa “cuba dahulu” - maka buatlah apa yang perlu ya?
Maklumat bank - jika anda masih dalam fasa percubaan, bank peribadi sudah memadai. Namun jika penjualan anda makin meningkat anda perlu mendaftakan bank perniagaan dengan bank tempatan seperti Maybank, CIMB, dan sebagainya.
Website - banyak sahaja website “ready-made” yang boleh di bayar ansuran setiap bulan seperti Shopify, BigCommerce, SiteGiant, dan Easycart. Harganya bermula dari RM150 sebulan ke atas.
Tapak Lain - anda juga boleh mendaftar dengan tempat menjual online seperti Lazada, dan Shopee.
Strategy pemasaran - itu adalah topic nya tersendiri. Terlalu panjang untuk bercerita kat sini - boleh comment di bawah jika memerlukan panduan
#4 Apa faedah berdagang melalui e-commerce?
Ada dua faedah berdagang melalui e-commerce - modal, dan capaian pelanggan.
Modal - zaman dulu jika nak membuka kedai, kena memikirkan sewa, kontrak, upah pekerja ramai dan pos. Zaman sekarang, tiada lagi sewa kedai, hanya bayar ansuran bulanan kepada website provider dan anda sudah boleh menjual.
Capaian pelanggan - zaman dulu kalau duduk dia kawasan bangsar (atas sikit), pelangaan kebanyakan tertumpu di kawasan bangsar sahaja. Zaman skrang, duduk Ipoh, menjual sampai ke Johor. Ke luar negara pun boleh.
Secara ringkasnya, e-dagang sudah memudahkan urusan perniagaan!
#7 Apa risiko memulakan business e-commerce di Malaysia?
Risiko paling besar sekarang ialah strategy pemasaran. Ramai sahaja pengilang yang menjual concept “white label” atau “private labeling” sehingga pilihan product terlalu banyak online.
Cabaran terbesar untuk peniaga ialah untuk menembus ganguan ganguan marketing orang lain dan mencari pelanggan. Banyak caranya untuk mencapai ini contohnya facebook ads, google ads, SEO dan sebagainya. Kesemuanya memerlukan masa untuk belajar dan tunjuk ajar.
Tanpa strategi pemasaran yang betul - anda akan tengelam dalam laut produk di luar sana. Untuk belajar lanjut mengenai strategi pemasaran boleh melawati halaman lama kami di sini
#9 Apa masa depan e-commerce di Malaysia?
Cerah - terlebih cerah sehingga membutakan mata. E-commerce makin berkembang di Malaysia berkat covid. Lebih dari 94% penduduk malaysia mempunyai internet.
Ini bermaksud anda mempunyai peluang untuk berdagang kepada jutaan orang -jika produk baik ya
#8 Apa “skill” yang diperlukan untuk memulakan business e-commerce di Malaysia?
Skill pemasaran itu sangat sangat penting!
Ilmu mengenai strategi pemasaran (lihat post sebelum ini) mengunakan facebook, google, instagram, dah SEO google search dapat membantu meningkatkan visibiliti produk anda kepada pelanggan sekaligus meningkatkan keuntungan.
#5 Di mana boleh belajar mengenai e-commerce?
Sejak kebelakangan ini, kementerian malaysia makin mengalakan penglibatan dalam pemasaran online. Banyak program seperti go-commerce yang mengajar cara-cara untuk berniaga online.
Selain itu, banyak lagi kelas online seperti Shopify Compass (bahasa inggeris) dan Udemy (perlukan duit) yang menawarkan kelas-kelas yang dapat membantu anda untuk menjana pendapatan.
Jadi, sekarang dah habis scroll - plan nak buat apa pula? Comment di bawah! :)
Bacaan Tambahan kepada mereka yang berminat:
http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/ – Amoxicillin 500mg Capsules Amoxicillin Online iqi.zfhj.sell-tell.com.sue.pz http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/
http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/ – Amoxicillin 500mg Capsules Buy Amoxicillin ppo.vehi.sell-tell.com.qnr.sv http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/
http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/ – Amoxicillin 500mg Capsules Amoxicillin 500mg Capsules ere.hjvf.sell-tell.com.rea.xr http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/
http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/ – Amoxicillin 500mg Capsules Amoxicillin Without Prescription dvu.lhwu.sell-tell.com.bmg.lo http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/
http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/ – Amoxicillin 500 Mg Amoxicillin Without Prescription mln.rorm.sell-tell.com.hsd.lp http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/